Friday, October 14, 2016

Chinese Look, Single & Rokok!

Assalamualaikum dan hai..

Saje nak merepek sikit hari ni..
Tadi masa nak turun pergi tapau lunch, saing2 dengan sorang colleague chinese dalam lift..
dari department lain lah..
mula2 oklah tanya keja macam mana sekarang pastu mula lah soalan2 merepek dia dah datang..
hahah

mula tanya U ada keturunan cina ke? atok or nenek?
aku tanya kenapa?
dia kata, sebab I tengok U macam ada darah cina sikit..
chinese look..
ahahhahaha phuiiii..
celah mana pulak dia tengok muka aku chinese look ntah..
maaf, saya melayu tulen..tulen bang..kihkih

pastu, tanya aku single lagi ke?
wahhhh of coz la tidak kannn..
aku kata, I dah ada 2 anak laaa..
dia pandang aku atas bawah..
kenapa? tak percaya ke?
haahhaha..tak percaya sudahhhh

pastu, sampai depan kedai mamak tu, kitorang ikut haluan masing2 lah..
aku order, nasik putih dengan tom yam campur melayu punya..
order dah siap, aku pun tunggu la depan kaunter tu..
sekali mamak cashier tu hulur kotak rokok Dunhill..
tergezuttt mami tau..
rupenya, mamak tu macam khayal..dia ingat customer lelaki nak rokok tadik..
hapekah???
terus bantai gelak kat situ jugak..hahahahah

tengah type entry ni pun aku dok gelak2 lagi..ahhaha
maka, tamatlah sudah entry asal boleh aku hari ni..
jap lagi nak tag admin besor..saja nak bagitau, yang I hapdate blog hari ni tauu..hihi


Monday, October 10, 2016

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang Pahang

Assalamualaikum dan haiii..
Masa cuti Awal Muharram hari tu, kitorang kan balik kampung
kampung kat mana? kat Felda Chini, Pahang sana..

disebabkan, dah lama plan nak pergi tengok gajah dekat Kuala Gandah tu, so, asben kata boleh la singgah tengok kali ni..yeayyyy
sebab dah satu jalan kan..dah alang2 tu, marilah kita
kitorang bertolak dari Gombak pukul 11 pagi macam tulah..
Sampai Kuala Gandah dalam pukul 12 lebih..
kalau korang dari Gombak menghala ke Pantai Timur, sila exit Lanchang..

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang
sebenarnya, kitorang nak buat surprise kat Asyraf..
dia tak tau pun nak datang tengok gajah ni..

tapi tulah, sebab bila masuk je dalam kawasan ni, ko akan jumpa banyak la gambar gajah, replika gajah..
Asyraf dah excited..mami, gajah!..mami gajah!..hihi

sebelum masuk daftar, amik gambar dulu..hihi
masuk sini FREE tau..cuma kita kena pergi daftar nama lah sikit..
lepas tu, buat la sumbangan sikit untuk gajah2 tu..
nanti, kita akan diberi sticker menandakan kita adalah pelawat di situ..
nanti akan ada guard yang check kita ada ke tak sticker tu..

dan tampal lah kat mana yang korang suka dan senang dilihat oleh pakcik guard..hihi

































paksa asben posing kat sini..kihkih
ada video yang mami record sambil2 jalan sebelum sampai ke tempat gajah tu..
memang korang kena berjalan lah sikit sebelum dapat jumpa gajah tu..
kalau tak tahan panas, sila bawak payung..

bila dah nampak kelibat gajah, Asyraf punya la excited sampai menjerit jerit..
haishhh..
asben pergi beli tebu..rasenya seikat tebu tu RM3 kot..asben beli 3 ikat kot..
jenuh bagi makan..huhu


habis hati lah dapat tengok favorite animal depan mata kan.. 
kat tangan dia tu tengah pegang mainan gajah tu..

bagi gajah makan tebu..gajah gajah tu pun dok la hulur belalai tu ha..
lapar memanjang kekdahnya..
pastu kan, ada sekor gajah tu kencing..Subhanallahhhh...macam simbah air satu tong kemain banyaknya..
sempat lah mami meloya kat situ kan..hahahha



tengok kat tangan asben tu..selonggok tebu dibelinya..memang jenuh nak hulur satu satu tebu tu bagi gajah makan..
kiranya, memang puas lah hati Asyraf tu ha..
yang Dahlia macam biasa lah..takut memanjang..huhu

stop kejap..kepenatan dan kepanasan sebenarnya masa ni..memang tengahari betul..
masing masing dah berpeluh sakan habis basah baju, rambut semua dah..
nak tunggu waktu gajah mandi tapi lambat lagi..waktu gajah mandi 2.30PM..
so, kitorang tak tunggu la..







ni gambar wajib nih..nasib baik tudung tak kena sedut dengan gajah..nak bergambar depan gajah sangat kan..hahaha

ok, dah boleh balik..sebelum tu, singgah cafe diorang beli FM dulu..sebab masa kitorang pergi tu, kedai souvenir tutup sebab apa ntah..lupa.. 

pastu nanti, boleh la tempek sticker yang korang dapat tadi kat sini..nak tulis ke apa ke, boleh je..
tu adik aku siap keluarkan pen lagi tu..ada ayat hikmat dia tinggalkan kat sana..heheh

ok, jom kita balikkk..ehh tak balik lagi pun..
asben ajak singgah Deerland pulak..dah alang2 berpeluh ni kan..
yelah..mana2 lah..janji anak2 happy sudahh..
entry Deerland, nanti lah yer..
yang ni pun jenuh nak karang..hoho

bye..jumpa lagi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute