Thursday, August 18, 2011

Home » , , » Cencaru Sumbat - percubaan pertama

Cencaru Sumbat - percubaan pertama

walaupun hari ni rasa pening pening lalat,
aku tetap jugak nk up entry pasal ikan cencaru ni..
semalam aku cuti..
walaupun dok KL, tapi kerja kt Selangor, haruslah aku cuti kan...
en asben adalah jeles sebab dia kena kerja..haha..

petang semalam, berbekalkan ilmu dari mama kat kampung, bersilat lah aku kat dapur..
konon nk buat ikan cencaru sumbat lah..walupun hakikatnya aku tak puasa semalam..
sebab pukul 9 pagi tu aku muntah teruk seteruknya..
habis keluar semua isi perut..badan dah rasa lemah, tak cukup air, maka berbuka lah aku dengan susu ibu mengandung secawan..huhu..
tak makan nasik tau..minum air je..

ok..memula meh tempek resepi dari mama aku..

Ikan Cencaru Sumbat

Bahan bahan
- 1 ekor ikan cencaru

Bahan Tumbuk
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- sedikit belacan
- 4 biji cili
- sedikit air asam jawa pekat
- gula dan garam
(kasi tumbuk lumat semua bahan di atas)

Cara Cara
1. Masukkan bahan bahan yang ditumbuk lumat ke dalam perut ikan. Sumbat sampai bahagian kepala.
2. Lumur ikan dengan lebihan sambal dan goreng. Aku perah limau kasturi. Sedap melampau jadiknya..haha..

tapikan, masa aku nak sumbat ikan cencaru tu, baru aku perasan yang ikan cencaru aku tu bukan belah kat belakang, tapi belah kat perut...huwaaaa..silap daaa..pikir punya pikir, alahh sama je kan..sumbat jugak..lagipun en asben buka pose kat luar hari ni..takdelah dia nak ketawa sinis bila tengok ikan cencaru aku tu..
nampaknya kena berguru lagi dengan mama aku ni..
errrr..macam mana nak belah ikan kt belakang ekkk..
konpius aku..
ehsan:Google

tempek gambar dari Google je..
sebab tak gamak nak tunjuk cencaru sumbat kat perut yang aku buat semalam..
haha..
tapi rase tetap mantap ok..
sekor tu aku sorang je bantai..
gila ganas...

rasa macam nak buat lagi hari ni..
ada lagi sekor dalam esbok..
tapi belah kat perut jugak lah..hehehe..

4 comments:

  1. sodap tu cencaru sumbat...lama xmkn menu ni..:)

    ReplyDelete
  2. alamak..watering lah akak..heee..

    ReplyDelete
  3. Walaupun rupa tak berapa tp yg penting rasa as hihi

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute