Tuesday, April 10, 2012

Home » , , » Kenduri kahwin sepupu..

Kenduri kahwin sepupu..

tajuk dah abih pikir dah tu..terima jelah yer..
sepatutnya entry ni keluar semalam..
tapi sebab aku diserang migrain sampai muntah, tak jadik nak publish..huhu..

sabtu lepas sempat attend kenduri kahwin sepupu en asben..
sepupu aku jugak lah tu kan..
dulu..kalau bergambar dengan pengantin, kami berdua je..
sekarang kena ada budak demokkk tu sekali...hehe..


pengantin berbaju kuning diraja..
aku pulak pakai-baju-yang-tak-tau-dah-berapa-kali-ulang-pakai-pergi-kenduri..hahha..
ahhh..lantaklah...dah tu je baju yang paling baru aku ada..
lepas bersalin ni belum ada lagi baju kurung baru..hukhukhuk..


ni lah gunanya ade adik beradik lelaki..
boleh guna jadik pahlawan..
ni kalau tak silap, majlis ni bertemakan melayu lama..kot laaa..haha.
tu yang ada pahlawan bagai..



Asyraf pun kena mandi awal Sabtu lepas..
nak gerak awal sebab nak singgah tengok Onyang (moyang) kat Sg Choh dulu..
ni on the way nak pergi kenduri kat Serendah..
baru lepas hisap susu, kasi tidur dulu..
baru ade tenaga nak bergelak ketawa kat kenduri nanti..
kalau tak, ada yang stress nak dengar suara baby menangis dgn high pitch..huhu..
tukar baju sampai 3 kali mengalahkan pengantin..
budak ni tak boleh panas..mulalah nak mengamuk je..
siap mandi kat umah pengantin..adoyaii..
mummy dgn abah dia je dari pagi membawak sampai ke malam, pakai baju sama jek..
tapi still wangi..huhu..

oklah tu je..
jumpa lagi..
tata..

dari mummy yg stress tak dapat tengok pengantin berarak sebab masa tu anak dia mengamuk nak susu..
sekian..

2 comments:

  1. asyraf sgt sweet :)))..dah boleh jalan nnt jgn tak terkejar lak mummynye :)

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute