Thursday, July 26, 2012

Home » » asyraf demam lagi..

asyraf demam lagi..

Asyraf demam lagi buat kali kedua..
huwaaaa..kali ni suhu naik mendadak sampai 40 darjah Celcius..
aduhaiii..

petang masa amik kat umah pengasuh tu, badan dah dedar..
balik tu aku tuam tuam badan dia, kepala dia..
nampak macam dah ok..
ubat demam memang aku tak bagi..huhu..

masa kitorang berbuka tu, asyraf letih je..tak aktif macam selalu..
takde pun golek golek atas tilam tu..diam baring je..
sedih pulok aku tengok..

aku cek suhu pakai termometer cap little bean yg murah tu, suhu asyraf 37..
ehh..kalau cek suhu bawah ketiak, kena tambah satu ekk..
betul ke ni..aku tak tau ni..
kalau betul, maknenya semalam tu 38 darjah celcius la yer..
aku tak tau..my bad..:(

pukul 10, asyraf tido..dengan aku sekali lah tido..
sebelum tido tu, aku tuam lagi kepala dia..
bacakan doa tido, ayat kursi..sempat pesan lagi kalau asyraf sakit, asyraf nangis kuat² tau..huhu..

tau tau pukul 11 lebih macam tu, tetiba asyraf terjaga menangis kuat..
terkejut aku..terus bangun angkat dia..
Ya Allah..panas giler badan dia..kepala dia aku rasa macam ada denyutan kuat sangat..
ape tu ekkk..kat area ubun ubun tu..
terus lah kitorang pakaikan baju asyraf, siapkan susu terus pergi hospital..
asyraf aku bagi tido pakai pampers je semalam..

masa kat hospital, suhu dah naik sampai 40 darjah celcius..
sempat lagi doktor tu sekolahkan aku..
doktor tanya ada bagi ubat tak..aku jawab tak..huhu..
sebab segala ubat demam dia yang lama tu, aku dah buang..
aku takut terbagi ubat expired..lagi naya kan..
doktor masukkan ubat ikut bontot..
tak sampai seminit aku pakaikan pampers semula, terus asyraf poo poo..
terbaikkkk...hoho..

pagi ni terpaksa hantar jugak hantar kat pengasuh..
sebab aku baru je cuti isnin lepas..
aku mintak pengasuh extra care la kan..
takut panas tetibe naik..cepat cepat call aku..

pagi ni takde mood pergi kerja..
kepala pun weng2 ni..
balik dari hospital tu, aku tido tido ayam je..
sebab nak tuam kepala asyraf..
harap asyraf ok kat umah pengasuh sana..
aduhaiii...

3 comments:

  1. moga asyraf cepat sembuh..asyraf kuat!! yehh..

    ReplyDelete
  2. bahaya budak kalau panas macam tu..leh kali simpan ubat spare kat umah..yg ubat bontot sekali..

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute