Tuesday, December 18, 2012

Home » , » maklumat penting untuk anak

maklumat penting untuk anak

minggu lepas, saje je belek2 buku biru rekod kesihatan Asyraf tu..
baru kali ni aku baca sampai habis muka surat yang ada..huhu..
sebelum ni tak pernah habis bace pun..
bukan tak pernah bace yer..berbeza tu..

belek punya belek, sampai lah ke muka surat terakhir..
jumpe page ni...



























Allah...
naluri mummy berkocak kencang sekarang ni..


Gangguan seksual terhadap kanak-kanak


  1. Ajar anak anda tentang sentuhan yang dibolehkan dan tidak. Terangkan bahagian-bahagian yang tak sepatunya disentuh oleh orang sembarangan.
  2. Terangkan pada anak bahawa tak ada sesiapa pun yang berhak menyakiti/menyentuh bahagian sulit mereka yang membuatkan rasa tidak selesa.
  3. Ajar anak perkataan yang perlu diingat dan sebut kalau ada orang buat sesuatu yang kurang menyelesakan meraka seperti ‘jangan’, ‘takmau’, ‘jangan pegang’ dan sebagainya.
  4. Ajar cara menyebut nama bahagian-bahagian badan yang betul/boleh difahami supaya boleh testify jika mereka disalah lakukan. (Nauzubilah)
  5. Ajar anak supaya menjerit bila rasa keadaan bahaya. (Of course kena explain lah macam mana keadaan bahaya tu kan)
  6. Beritahu anak mereka bukan saja perlu berhati-hati terhadap orang tak dikenali, malah sesiapa saja yang buat mereka tak selesa walaupun orang dikenali. Contoh : jiran, pakcik saudara dsb.
  7. Bercakap kepada anak tentang situasi-situasi yang perlu dielakkan seperti ambil makanan atau ubat daripada orang selain ibu bapa, cikgu, nursery, kawan rapat dsb.
  8. Ajar anak cara buat panggilan ke rumah dan polis.
  9. Fahami tanda-tanda jika anak diganggu secara fizikal/seksual seperti kesan lebam, luka, terbakar, kesan darah pada panties, panties hilang, masalah buang air besar/kecil, masalah berjalan/duduk, perubahan tingkah laku, kelakuan berunsur seksual, kelainan pada bahagian sulit dan apa saja yang anda rasa tak kena/pelik.
  10. Ajar mereka supaya tidak merahsiakan daripada anda lebih-lebih lagi jika mereka disuruh berahsia.
  11. Good communication. Lebih-lebih lagi jika anak tidak tinggal bersama (tinggal bersama nenek/saudara). Sedangkan ibu bapa sendiri pun terkadang terlepas pandang, inikan pula orang lain.

SUMBER

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku mohon perlindungan dari Yang Esa, Maha Pengasih lagi Penyayang..
buat anak ku dan semua anak anak di dunia, jauhkan mereka dari segala kejahatan golongan jin dan manusia. Amin..


4 comments:

  1. thanks for sharing. mmg risau perkara ni. especially bila hantar anak dijaga oleh pengasuh.
    hari2 doa dalam hati anak dilindungiNYA.

    ReplyDelete
  2. anak lelaki pon kene jage2 gak kan...gangguan seksual ni sekarang dah macam 'penyakit'..lelaki pompuan semua akan kene...sama2 doa semoge anak2 kite dilindungi NYA..amin....

    ReplyDelete
  3. insyaa ALlah.
    doa mak buat ank2 selalu yg baik mmg Allah makbulkan..

    ReplyDelete
  4. bahaya zaman skrg ni kn. huhu...

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute