Tuesday, August 5, 2014

Home » , , , » raya tak berapa nak raya sangat...

raya tak berapa nak raya sangat...

Assalamualaikum..

Hahh..baru nak up citer raya..hihi
sebelum jadik lebih basi, moh la kite update lelaju..
ala, raya kitorang tahun ni ala kadar je..
mana yang sempat je..
nak posing2 sangat tak sempat pun dengan dak kecit sorang tu tambah pulak si abang yang tak kecit sangat tu..tapi perangai Nauzubillah..cantikkkkk...#mamiurutdada

pagi raya macam biase, siap2 kan bapak budak dulu..
sebab dia nak pegi solat hari raya..
pastu baru bergelut nak siapkan anak bujang dgn cik bunga tu..
hadoiiii..kemain liat nak bawak masuk toilet..
sejuk kate kooo..kat kampung hujan memanjang..

bila dah mandi, bergelut pulak nak pakaikan baju melayu..
sambil pakaikan baju melayu Asyraf, sambil pegang hanger..ko mampu??
hahaha..
sesapa yang frend kt FB dgn IG tau lah macam2 peel anak bujang di pagi hari raya..
bila dah pakai, dia berzikir pulak nak bukak nak bukak nak bukak..
suruh bukak baju melayu ko tau??
memang tak lah aku nak bukak baju melayu tu..
ambik gambar pun belum..eh??
sikitttt lagi mami nak bertukar jadik mami monster..hehek..

bila time nak bergambar pun satu hal jugak..
waktu ni dah tengahari kot..samping asben pun dah hilang ke mana dah..
tudung pinjam aku tu pun kejap pakai kejap bukak..rimass dan tak selesa pakai tudung pinjam gitu..
biase pakai tudung bawal, tetiba kena pakai paridah..memang la haru biru..
kes nye, aku lupe beli tudung kaler biru..cisss..
habis tak lawa gambar raya aku..huhu



ko tengok ko tengok..
tak ke mencabar tahap kesabaran tu..
orang suruh duduk elok2 nak amik gambar pun payah..
ni ntah snap yang ke bape ribu baru lah gambar nampak 'elok' la sikit..
yang lain lagi sakit hati menengoknye..
gambar mami kena edit sebab mami sendiri nyampah tengok pakai tudung paridah gitu..
memang tak kena langsung dgn muka..#dahrupaindon

alamakkk lupe letak smiley kat muka sendirikk..
ahh gasak lah..korang tengok lah mami asyraf dahlia rupe tak semenggah tu..#nyampah
tu ko tengok lah Asyraf tu..
takmo duduk dekat dengan abah dia..memang dia tunjuk sungguh2 peel..
aku nak print gambor ni besor2 bagi dia tengok gambar ni bila dah besar esok..
baru dia tau perangai dia 'lawa' di pagi raya..hihi
Dahlia tu pun nasib kecik lagi..
gamaknya bile dah besor, same je peel macam abang..hahahha..




inilah tok ma dgn tok abah Asyraf n Dahlia..
nampak macam tak sedondon pulak dlm gmbar ni..
kalau kat luar, nampak elok je kaler baju melayu tok abah tu..
Alhamdulillah sihat kedua duanya..
moga Allah panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik buat mereka..Aminn..

aku pun takde gambar berdua dengan anak2 gini..tak sempat hoiii..sobsss..
Dahlia pakai baju kurung murah rm15 je beli kat Jalan Tar..hihi..
gedobossss..jadiklah nak..janji nampak sedondon..
tunggulah tahun depan..kite tempah baju berdondon dondon, ropol2, merelip relip yer..
baru lah raya..hihi..
masa tu insyaAllah dah setahun lebih dah boleh jalan kot..insyaAllah...

ni masa nak amik gambar dgn cousin2 dia..
ntah ape peel dia..duduk kemain jauh lagi..
kalau ikutkan banyak lagi gambar peel si Asyraf  ni, tapi takpelah..
biarlah kitorg je yang tengok sambil gelak reramai kat umah..adoyaiiiii..

hari raya pertama tu memang tak pergi memana pun..
tetamu datang umah non stop..
yelah..adik2 dah besar..
kengkawan diorang ramai lah yang dtg umah..
pastu sedara mara pulak datang penuh umah tok abah..hihi..

lagi pulak asyraf dgn dahlia bergilir gilir tido..
asyraf tido, dahlia bangun..
dahlia tido, asyraf pulak bangun..
dah tu, macam mana nak keluar beraya?
jawapannya, duduk jelah umah dendiam..huhu..






















ni pun gambar wajib print ni..hehek..
dia dah rimas pakai baju kurung gedobosss tu..
pastu berak pulak..
aku tengah siap2 nak tukar diapers dia la ni..
datang uncle dia snap gambar tengah merempan..hahahha..
aduhaiii Dahlia oiii..

walau macam mana pun peel anak2 mami, mami tetap sayang..
yang banyak2 peel ni lah best utk dikenang nanti kan..hihi..

oklah..ni je kot citer raya kitorg..
raya yang havoc tak menang tangan..
dengan anak kecik dan anak bujang nan seketul..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin dari kami sekeluarga..
maaf la if ade salah silap, dalam aku dok merapu kat blog ni kot2 ade yang terguris hati dan perasaan, sesungguhnya takde niat aku pun..mungkin tak sengaja..
ampun maaf dipinta..
bye..jumpe lagi..

mekasih sudi singgah bace..:)


10 comments:

  1. sabo jela abg long asyraf oi...eh ok apa sesekali berparidah....ngeee

    ReplyDelete
  2. hahaha.. senyum sorang oii baca entry nih..
    anak-anak cenggitu la kan leenda..
    kitorang pun gitu jgak..sampai takde gambor raya berempat..
    sorang tido, sorang bangun..dah bangun sorang lagi plak tido..erkkk..
    panjang pulok komen.. huhu..

    ReplyDelete
  3. macam2 feel asyraf..kenangan terindah ni..

    ReplyDelete
  4. cmtu lah bila dh ada anak mami oii..
    padan duk kejar anak je d hari raya..hahaha..
    papepun perangai comey anak tu r wat kita ingat smpi bila2 kan..

    ReplyDelete
  5. hehe....anak dh 2 biasa lah...ashraf pn dia nak perhatian kot tu..sy anak yg sorg pon kdg2 blh btukar jd hulk jgk kehkeh

    ReplyDelete
  6. huhuhu.. sama la kita. anak2 buat perangai... tp sbb nak tidur. bila nak tangkap gmbr berempat, dah tak dapat.

    ReplyDelete
  7. Takpe..cantik je akk tgok sis pakai tudung tuh..
    Mgkn sebab tak biasa rasa tak selesa la kot..
    Selamat hari raya sis..
    Comel asyraf dengan sepupu2 dia

    ReplyDelete
  8. org hensem ni mmg aktif ek..
    tak pe la bdk kecik kalau aktif ni elok..

    ReplyDelete
  9. Aku bc pun mcm mengah sekali leenda. Hahaha. Ok je mak pakai tdung paridah. Nampak lain sgt uols. Hee. Selamat hri raya. Maaf zahir batin mami.

    ReplyDelete
  10. sm la.ry mcm x ry

    Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute