Tuesday, September 29, 2015

Home » Jalan jalan Tasik Chini, Pahang

Jalan jalan Tasik Chini, Pahang

Assalamualaikum semua..
Hari ni type entry dari rumah je..sebab masih lagi dalam mood cuti2..cuti bukan sebab jerebu..tp sebab saje cuti..hoho

Last week aku dengan family kecik aku ni balik kampung..kat kampung walaupun ada jugak jerebu, tapi takdelah teruk macam kat Gombak ni..bacaan IPU cecah 200..kat kampung still ko boleh lagi nk tarik napas panjang2 tanpa perlu risau habuk2 debu jerebu lolos dalam lubang hidung..berjelaga dibuatnya kalau tarik napas panjang macam tu kat Kolumpo nih..hadoiii

Oklah..panjang pukak mukadimah..sebenarnya nak cerita masa balik kampung tu, sempat jugak selit pergi Tasik Chini tasik lagenda di negeri Pahang..gituu ko..dari rumah tokbah jarak cuma 10km je..tak jauh mana pun..tapi boleh kira dengan jari kekerapan kitorang ke sana..masa asben ajak pergi tu, laju2 siap anak2..sebelum dia ubah fikiran..hahah

Kitorang sampai dalam pukul 11 pagi..orang tak ramai pun..tapi tak tau lah kot diorang masih tido lagi dalam chalet..sebab cuaca sejuk je pagi tu..


Barulah pelancong bergambar kat mercu tanda ni..hihih
Gambar mami takde..mami jadik photographer je..


Masuk ke dalam sikit baru nampak reception counter walaupun takde org..huhu


Antara pilihan chalet yang ada kat Tasik Chini..tak sure pulak berapa rate harga chalet kat sana..


Papan tanda harga kalau korang nak naik bot pusing2 kat tasik tu..kat rumah dah cakap dah kat asben, taknak naik bot..gayat..lagipun kita bawak anak2..macam tak berapa sesuai sangat..
Sekali sampai sini, asben terus tanya kat sorang brader yang jaga kat situ..dia kata boleh je bawak budak2 naik bot..tak laju pun bot tu..laju sikit je dari kayuh..dalam berdebar mami terpaksa setuju..hahahah

Kitorang amik pakej 9 tasik termasuk singgah sekejap kampung orang asli..satu bot tu rm60..boleh la..sekali seumur hidup..

So, here we go..


Bot nilah kitorang naik..sesuai utk 4 beranak ni..dah naik pakai life jacket siap2 barulah vrommmmm..eh, takde vrommmm mana pun..memang betul boatman tu bawak slow je..memang betul jugak dia kata laju sikit je dari kayuh sendiri..hahhahha..sampai nak tertido pulak rasenya..dah la lalu 9 tasik ni..tapi takpelah..layan kan aje..nasib la Asyraf ni jenis behave..duduk je..yang tak berapa nak behave ni cik bunga..letih mami nak pegang dia..nak ke tepi kiri kanan..nk bukak life jacket..hadoiii penat..


Tengok gambar pun tau dia stress dgn life jacket tu..besar dari tuan katenya..heheh


Asyraf jugak good boy..diam je sambil menghayati keindahan Tasik Chini..indah ke?? Boleh la..takdelah teruk sangat pun..air masih hijau bukan teh susu seperti yang dicanang..bunga teratai pun ada banyak lagi..cuma terlupe pulak nak snap gambar..


Singgah sekejap perkampungan Orang Asli..Kampung Cendahan nama nya..sampai sana dalam tengahari..orang pun takde..semua dalam rumah kot..diorang pun dah muak agaknya terima so called pelancong ni..huahuahua


Bergambar jelah..ada je pondok kecik jual hasil kraftangan..tapi harga boleh pitamsss..sumpit rm80...hurmmm mampu tengok jelah..huhu

Ok dah settle dekat kampung orang asli, sambung naik bot semula..dan tamatlah pengembaraan bot untuk anak beranak ni..jadiklah kan..saja nak happy2 je..tambah pengalaman dengan anak2..

Ohh yer..aku malas nak selit pasal sejarah Tasik Chini tasik penuh lagenda ni..kang korang tak percaya..nak tau lebih lanjut, boleh la Google yer..hoho

Oklah, ni je utk hari ni..tenkiu sudi singgah baca yer..jumpe lagi..bye

3 comments:

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute