Sunday, January 10, 2016

Home » Rekreasi Berkuda di Tasik Titiwangsa

Rekreasi Berkuda di Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum dan hai..
Entry pertama di tahun baru 2016..punah azam tahun ni nak update blog sehari 2 kali..
Entry hari ni pun, kisah tahun lepas..hahah

Korang yang duduk area KL ni dah pernah ke naik kuda dekat Titiwangsa ni..Lagi2 yang ada anak2 sebaya asyraf ni..kalau ada masa, bawak lah..mesti diorang seronok..


Pintu masuk rekreasi berkuda


Asben tengah beratur..masa ni kuda tengah berehat 15 minit..yelah..sebab masa pergi tu cuti ape ntah lupa pulak..Krismas kot..ramai giler orang..tapi takpe..kuda banyak..so, beli tiket pastu beratur ler..apa tunggu lagi..harga tiket RM1 je satu pusingan..murah kan? Asben beli 2 pusingan..baru lah puas hati sikit kan..

Ada syarat untuk naik kuda ni..ketinggian anak2 korang mesti melebihi 90cm..kirenya mesti lebih2 kurang Asyraf la..kesian Dahlia tak lepas..terpaksa la dia tengok je abang naik kuda..hihi


Sambil tunggu abah beratur..amik gambar anak2 dulu..

Dah cukup 15 minit, kuda2 semua keluar..sampai turn Asyraf nasib baik dia nak naik..tersengih tersipu2 atas kuda..adoiii


Sesungguhnya aku memang tak sangka dia nak naik kuda tu..sebab abah tak boleh masuk dalam tu..cuma cowboy kuda tu je yang boleh bawak jalan..nasib baik dia tak menangis..sebab kalau ikut record, asyraf ni cengeng..sikit2 nak menangis..mami lupa Asyraf dah besar..tahun ni dah nak masuk 4 tahun..sobsss

Lepas dah siap naik kuda semua tu, boleh pulak dia cakap,
Mami, asyraf nak naik elephant pulak lepas ni..
Mane pulak nak cari elephant ni..hahha hadoiiiii

Ok, yang bawah ni kisah baru lagi..cuti new year ari tu..asben ajak lagi naik kuda..dekat kaedahnya..agak2 boring duduk rumah, jom pegi titiwangsa..
Asyraf la paling happy..suka dia bila cakap nak naik horse..

Orang memang ramai tapi takpe..sekejap je dah settle..


Yeayyy..dapat naik kereta kuda..yihaaa yaribba yaribbaaa...memang seronok beronok ronok la budak2 ni..mami pun seronok jugakk..hihi
Tiket murah yang amat..
Dewasa - RM1
Kanak2 - RM0.50


Nampak tak mami happy tu..walaupun kenaikkan berat badan yang mendadak, mami tetap happy pipi kembong..huhu

Dah selesai naik kereta kuda, Asyraf pulak cakap nak naik horse..nasib baik sempat lagi..sebab tempat ni tutup pukul 6 petang yer..so, beli tiket RM2 untuk 2 pusingan..bagi chance la sebab dia dah berani sekarang..tak macam dulu..


Tersipu2 naik horse..tapi kali ni dah berani siap buat peace kat abah mami..amboii sangat ni..Dahlia macam biasa dapat tengok jelah..sebab dahlia ni dia kecik molek je..tak berapa nak tinggi..hohi..tunggu sikit hari lagi yer..

Oklah..siap jugak entry pertama tahun baru ni..tenkiu sudi singgah..jumpe lagi..bye..

4 comments:

  1. Sampai ke sudah x pernah naik kuda kat titiwangsa tu...padahal selalu gak g sana..hihihi

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat naik kuda kan..sy takut :D

    ReplyDelete
  3. best jugak kannn bawak anak2 naik kuda..lama dah tak gi tmn tasik titiwangsa..kena buat kunjungan hormat ke sana la lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum

    hi awak,lama xdtg sini

    ingt pia lagi?hehe

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute