Friday, April 15, 2016

Home » GBSB Family Fun Day 2016 - Restoran Juvita, Morib

GBSB Family Fun Day 2016 - Restoran Juvita, Morib

Assalamualaikum dan haii..

bersambung dari entry INI dan INI..
malamnya, kitorang memang dah booking untuk dinner di Restoran Juvita, Morib ni..
lokasi tak delah dekat, takde lah jauh sangat..ikut Waze je dalam 10 minit kot..
Ada AJK khas untuk uruskan dinner ni..tenkiu banyak2..

Sepanjang jalan nak ke Resotan Juvita ni pun, ada lagi 2,3 restoran lagi..tapi tak ingat pulak nama restoran tu..


sampai2 terus amik gambar signboard..hihi..
tu ada nombor telefon..kalau nak booking ke ape ke, call je nombor2 tu..

malam tu, dinner untuk 21 family, kitorang order

nasi putih
tomyam campur
telur dadar
sotong celup tepung
kailan ikan masin
pepahat
air sirap ntah berapa jug..

haa ini main menu..sesiapa nak tambah side order, boleh je..tapi kena bayar sendiri lah..

tapi rasenya, takde kot yang tambah order..
yang dah order tu pun, jenuh nak abiskan..meja kitorang siap tak habis..sampai pass ke meja lain la..
pendapat peribadi, bagi aku biasa je..sedap la..bukan kata tak sedap..ada pepahat tu yang buat jadi lain sikit la dari restoren tomyam thai kat Gombak ni..hihi..

tak tau la berapa jumlah meja yang kena booking..



suasana memang havoc la..ramai kan..dengan ada anak2 yang start menangis..yelah dah penat berendam kat kolam petang nya..Dahlia pun tidor..kena pinjam stroller dari Mimi..thanks mak

licin pinggan..huhu

oh yer..sempat jugak sambut besday Husna anak Erina..ramai2 nyanyi lagi happy birthday..seronok la Husna malam tu yer..sedap sangat kek tu..Victoria Sandwich katenya..

ok..separuh dari dinner kami malam tu di taja oleh Projek Niaga Ent. dan Fingertips Shop 
terima kasih banyak2 kerana sudi menaja dinner GBSB Family Fun Day malam tu..
semoga terus sukses dalam bisnes serta dimurah kan rezeki..aminnnn

dah selesai dinner, balik hotel semula..dan aktiviti bebas la..ada yang sambung menjemah..
ada yang keluar pergi Pantai Morib..
aku sebab Dahlia dah ketiduran kepenatan, so decide balik bilik jelah..boleh aku kemas2 beg semua dan get ready untuk sukaneka esok..
Asben je pergi sambung lepak kedai tengok bola dengan 2,3 orang geng bapak2..

selesai sudah dinner..next entry sukaneka esoknya pulak..ok..
tenkiu pada yang sudi singgah baca..
jumpa lagi..bye..


4 comments:

  1. Laju benar...baru nak feeling dah abis

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, dah lama tak pergi makan2 camni.

    ReplyDelete
  3. saya makan sekor je pepahat tu..rasa pelik sikit hahaha

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute