Tuesday, September 27, 2016

Home » , , » Hargai sebelum terlambat

Hargai sebelum terlambat

Assalamualaikum dan haii

Masa cuti Hari Malaysia tu kan, cuti 3 hari kan..
patutnya kitorang takde pegi mana2 pun..sebab asben kerja hari ahad tu..
kena pegi Singapore bawak bos dia ke sana tengok F1..
so, takdelah plan ke mana2 pun..even balik kampung pun tak..

tapi hari Jumaat tu, pagi dalam pukul 9 lebih kot, abah wassap..
bagitau pakcik Jaien sekarang ICU kat Hospital Taiping sana..
aku macam, perghh jauh jugak tu Taiping..
dengan tengah bulan pulak tu

Pakcik Jaien ni, pakcik se ibu susuan..
eh, macam mana nak cakap ekk..nenek aku punya anak susuan lah..
haa gitu..tapi aku sebenarnya terhutang budi lah dengan dia dulu..
dia la orang yang bertanggungjawab masa aku mula2 datang KL ni..
keje dengan dia..sebab dia Area Manager 7-11 area Gombak kot..eh, yeker..lupe pulak aku..
so, dia suruh aku kerja dengan salah satu store bawah jagaan dia la..
so, ke mana2 pun aku pegi dengan dia la..dulu2 rapat la..

pastu 2, 3 tahun dah tak jumpa..
Hari Raya pun tak usaha pergi rumah dia..padahal kat Rawang tu je pun..
sebab tu masa abah bagitau dia skrg ICU, aku jadi sedih sangat..
sebab masa tengah sihat tak pernah usaha nak jumpa..hukhuk..

nasib baikla asben willing jugak nak bawak pergi sampai Taiping sana..
so, aku terus siap2 beg baju..siap2 Waze dari rumah..3 jam perjalanan..phewww
bawak baju lebih jugak in case perlu check in kat mana2.

dan seperti yang dijangka, highway ke utara tengah jem giler masa ni..sebab cuti 3 hari kan..
haruslah jem..yang bestnya, lupa pulak nak beli makanan apa2 masa kat Petronas tu..
kesian kat Asyraf dok merengek lapar ni mami..sobss

selalu kalau nak pergi mana2, mesti ada bekal dari rumah..
nugget ke roti ke..ini apa pun takde..
yelah, kata emergency kan..

akhirnya sampai dekat RnR Tapah tu..
singgah Tuuu...Dia Pak Tam makan kat sana..
nasib baik sedap walaupun makan laju2 sebab ramai orang dah queue nak duduk..
Public Holiday kan..ramai la orang..

pukul 4 baru kitorang sampai Taiping..bayangkan bertolak pukul 10 lebih sampai pukul 4..
letihhh badan..tu yang decide kena check in la kat mana2 ni..
Waze je hotel paling dekat dengan Hospital Taiping tu..
sambil2 Google hotel with reasonable price..penting nih..tengah bulann..hihi
dah check in semua, mandikan anak2, solat apa semua  baru pegi Hospital tengok pakcik..
dapat la jumpe dengan Opah, makcik2, sepupu sepapat semua..
diorang pun terkejut yang aku boleh ada sekali kat situ..
wakil mak dengan abah..huhu

dapat tengok pakcik dari luar je..bergilir2 tengok..asben tak ikut..jaga anak dalam kereta..
Dahlia tido masa ni..
sedih sangat masa tengok pakcik dengan koma..wayar berselirat atas badan..hukhuk..
Esok paginya, dalam pukul 8 lebih, dapat wassap bagitau pakcik Jaien dah takde..
dah pergi meninggalkan semua..

Innalillahiwainnailaihirajiunn..
Berehat la..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Aminn

Alhamdulillah dapat jugak tengok buat kali terakhir..
walaupun masa tu dah tak boleh nak bercakap
tak boleh nak bergelak ketawa macam dulu..
tapi sekurang2 nya, dapat jugak tengok depan mata walaupun sedang terlantar sakit..

Pengajaran pada aku..selalu2 lah jumpa dengan saudara mara, kawan2 
kalau ada masa, pergi lah jumpa..
lagi2 kalau time raya kan, usaha la pergi jumpe diorang..
jangan bila orang dah tak ada, baru nak menyesal..
masa tu, dah terlambat..menyesal pun tak guna..

oklah, tu je update hari ni..
jumpe lagi..bye..

No comments:

Post a Comment

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute