Friday, October 7, 2016

Home » , , , » REVIEW: Sambal Hitam Ciknaa

REVIEW: Sambal Hitam Ciknaa

Assalam dan haii..
Korang suka makan pedas tak? 
Tapi jenis kalau beli cili padi sebungkus tapi guna hanyalah 4, 5 bijik je..yang lain2 jadik hitam dan busuk dalam peti ais..
Haaa tu spesis aku lah tu..dulu2 aku rajin jugak buat sambal kelantan tu..
Blender cili dengan cuka, garam dan gula sikit..pastu simpan dalam botol..
Nak makan just amik je..sedap jugak tau..
Tapi sekarang ni pemalas yang amat..lagi2 bila ada kawan terdekat yang bisnes sambal..
Sedap yang amat pulak tu..memang habis cerita la kan..

Lagi satu, ko dengan asben je makan pedas..anak2 tak makan..ni pun masalah negara..
masa kat dapur terhad..lagi2 kalau hari bekerja..
masak satu lauk, satu sayur jadiklah..
mami dengan abah bertabah makan tak de rasa pedas..huhu

Tapi sekarang tak lagi..aku akan pastikan kat rumah tu sentiasa ada stok sambal pahang..
so, senang nak masak untuk diri sendiri, just tambah je sikit..janji ada rasa pedas tu kan..

Sambal Hitam Ciknaa nama diberi..blogger ciknaa yang buat sendiri tau..bersengkang mata masak sambal ni setiap minggu berkilo2 sekali masak..
Menggunakan ikan bilis berkualiti yang dikopek sendiri sebab ciknaa kata ikan bilis yang dah siap kopek tu membuatkan sambal tak tahan lama..cepat berkulat katanya..
Kalau dah tokei sendiri cakap macam tu, tak payah la kita argue lagi kan..

tak tau dah berapa puluh kali repeat dah..sebab sedapppp..
semua cukup rasa..cukup pedasnya..kalau nak extra pedas, boleh request tau..

petai dengan sambal hitam..since aku peminat petai, gabungan 2 ni memang meletop..just masukkan petai dengan sambal hitam tu je..Allah..makan pulak dengan nasik panas2..fuhhh tak perasan dah anak ko menangis kat depan tv tu haa..hahaha

kalau nak tengok lagi, review pasal ni kan, klik #sambalhitamciknaa ni..
pastu cepat2 order dengan ciknaa ni tau..sebab dia buat setiap minggu kecuali diberitau la..

oklah, sekian review ikhlas dari custemer tetap sambal hitam ciknaa ni..hihi
benda sedap memang kena war2 kan..
korang ape tunggu lagi..cepat lah order..

jumpa lagi..bye


5 comments:

  1. alahai mami.. baca sambil menangis.. berapa ringgit nak bayo review ni? kehkehkeh.. ai tau u ikhlas.. ok nanti ciknaa bagi free sambal hitam tau.. muahhhhhhh ciked! 😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa dah kenapa nanges pulak tu..
      sy review ikhlas tu..benda sedap kan..
      hidup #sambalhitamciknaa demi negara..
      ehhh

      Delete
  2. Huwaaa ... Sedap nampak sambal tu, yang +petai tu mesti terangkat ...

    ReplyDelete
  3. selalu ternampak ig sambal hitam ciknaa ni tapi blom cuba beli lagi..best ye?

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute